Mencari cinta dalam hubungan persahabatan.

akan ada orang kata susah
akan ada orang kata senang

dimana kah susah dan senangnya? Pendekar penyu,tolong jawab.

bagi cik POI jawab dulu ek. Susah dan senangnya cinta dalam kawan-kawan nie adalah hubungan IMAN kita KEPADA ALLAH. Jika iman kita melebihi sebesar gunung uhud, maka cinta kita akan seperti itu. Jika iman kita sebesar mata ikan paus blueblack, jangan mimpi nak bercakap pasal soal cinta dalam kawan-kawan.dus,adoi.terasa aku.

kenapa soal IMAN ditimbulkan? Kenapa tak kerana dia cantek, dia bau harum sikit dari kambing gurun, dia clever, dia hormat orang lain dan dia banyak duit melebihi amita belacan?

ok, satu contoh. Saidina Umar alKhattab. Sapa tak kenalnya? Sapa-sapa yang tak kenalnya memang boleh suruh makan ikan jerung masak belacan nie.yummmmy.semua orang kenalnya.kita tahu bahawa beliau merupakan seorang sahabat yang sangat berani dan juga bengis. Pernah ada sorang ustazah cerita bagaimana kuatnya saidina Umar nie apabila dia menampar adiknya, Fatimah hinggakan mengalir darah dari bibir adiknya. Fuuuuh,kuat tu.tumbukan padu bercampur marah.kalau kena kat aku, rasanya memang hancuss muka. Tetapi macam maner saidina Umar boleh ‘tunduk’ apabila ia masuk islam dan menjadi salah seorang orang ‘kanan’ Rasulullah SAW? Ia banyak membawa perubahan dalam islam.ditangannya banyak wilayah-wilayah islam diluaskan.

Kenapa,kenapa dan kenapa semua nie boleh terjadi?

jawapannya satu je sebab IMAN

disebabkan iman nie, manusia yang bengis mampu menundukkan bengisnya. Dengan iman nie juga, manusia yang sifatnya liar dan seolah-olah dunia nie ana punya boleh pon ‘tunduk’,dengan iman nie juga, manusia yang paling jahat atas muka bumi nie yang mana kejahatannya boleh ‘meruntuhkan’ langit dan merekahkan bumi pon boleh tunduk. Masyallah, betapa dahsyatnya iman ini.

bila jiwa merasai iman,ia akan melahirkan cinta yang suci pada Allah. tidak kah anda mengaku perasaan itu? tak ngaku sudah.

bila cinta berada dalam jiwa, semua benda yang kita lakukan terasa indah belaka. Lebih indah dari bunga kemboja atas kubur yang kuarkan bau-bau ‘seram’. Terasa seperti berada ditaman bunga yang penuh dengan bunga-bunga wangi warna putih, merah, jingga, blueblack dan indigo.
semuanya rasa manis dan indah. Tak dapat digambarkan dengan kata-kata dan perasaan. Tidak kah anda pernah merasainya dalam hidup?

begitu juga cinta dalam kawan-kawan. If ada cinta iman, hubungan kawan-kawan anda dengan dia baik punya la.if tak, sorry.babai.

*carilah cinta dengan Allah dahulu sebelum anda memulakan hubungan cinta dengan manusia lain atau dengan lembu yang dok boooooh atau pendekar penyu atau dengan sapa-sapa saja di dunia nie*

Advertisements

About norhedayuismail

come..be a MUSLIM 4 all of u life

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s